REVIEW | PAPA: Sebuah Improvisasi Tentang Memori

Pencerita Oleh Norzizi Zulkifli

Tarikh: 29, 30 & 31 Oktober 2020 | 8.30 pm

Performed online / virtual via FB Live


Pada pendapat saya, persembahan improvivasi berjudul PAPA ini merupakan kelainan seorang pelakon untuk menceritakan kisah hidupnya bersama ayahnya yang digelar papa telah meninggal dunia. Ia diadakan pada 29/10 hingga 31/10 pada jam 8.30 malam di Facebook dan berdurasi antara 45 minit hingga 1 jam. Saya sempat meluangkan masa untuk menyaksikan persembahan ini pada 30/10. Saya boleh katakan bahawa setiap dialog yang diutarakan oleh pelakon sangat terkesan oleh audiens yang menonton secara langsung di Facebook miliknya.


Rata- rata audiens dapat merasakan perasaan kehilangan. Saya juga sempat melihat komen-komen positif mengenai cara penyampaian pelakon di setiap dialog yang dituturkan. Peranan suara pelakon juga sangat bagus, ini kerana terdapat high note & low note yang membuatkan saya sebagai audiens turut merasai penyampaian yang menusuk jiwa itu. Pelakon juga menceritakan kenangannya dengan arwah melalui beberapa pucuk surat yang memenuhi lantai. Sekali sekala pelakon memilih salah satu surat lalu dibacakan mengenai kenangannya bersama arwah. Salah satu daripada surat tersebut adalah mengenai nasihatnya yang perlu kuat dalam menempuhi hidup akan datang, serta mendoakan kesejahteraannya di sana.


Pelakon juga telah melakukan perbuatan arwah papanya semasa di hospital. Pada ketika itu, pelakon duduk di kerusi roda yang dimiliki oleh arwah, beliau telah melakonkan sikap arwah semasa di hospital. Antara yang mengusik jiwa saya serta menitikkan air mata saya apabila pelakon merintih dalam doanya dengan berlatarkan audio alunan ayat suci Al-Quran yang perlahan tetapi dapat didengari. Situasi ini membuatkan saya rasa sebak dan mengalirkan air mata, saya seolah-olah berada di tempatnya. Audiens turut menggunakan emoji sedih dikongsikan di ruangan komen. Pelakon juga telah melakonkan seolah-olah beliau berada di pusaran arwah papanya dengan keadaan kerusi roda berbaring di lantai. Pelakon menaburkan cebisan kertas dan menabur disekitar kerusi roda tersebut.


Pada akhir lakonannya, beliau sempat menasihatkan audiens di Facebook supaya sentiasa bapa dan menghargai bapa walaupun bapa bukan melahirkan kita. Hati saya juga terusik apabila beliau mengatakan kata-kata itu kerana saya rapat dengan ayah saya. Persembahan ini mampu difahami oleh semua golongan kerana ianya sangat rapat dengan kita sebagai seorang anak.


Ditulis Oleh Nur Aishah Mislan.


20 views0 comments

Recent Posts

See All