KOMEDI REPRESENTASI REALITI.

Teater Mahkamah Keadilan

Karya Taufik Al Hakim

Terjemahan Oleh Nahmah Jamil

Arahan & Olahan Oleh Prof. Dr. Shark


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah menganjurkan Festival Teater Malaysia pada 15-21 Oktober 2018 yang lalu. Pementasan tersebut berlangsung di Auditorium Tungku Abdul Rahman Matic Jalan Ampang. Terdapat enam kumpulan finalis yang terpilih dalam Festival Teater tersebut. Salah satu daripada persembahan tersebut telah menarik minat saya untuk memberikan serba sedikit ulasan yang boleh dikongsikan. Persembahan teater tersebut bertajuk Mahkamah Keadilan. Karya Taufik Al Hakim, terjemahan oleh Nahmah Jamil , arahan dan olahan oleh Prof Dr. Shark.


situate ini mengisahkan tentang seorang Tukang Roti yang telah mencuri itik angsa dan dalam proses situasi melarikan diri yang menyebabkan ramai teraniaya. Orang ramai telah datang menuntut keadilan dari Tuan Hakim di atas kezaliman yang menimpa mereka. Namun keadilan tidak memihak kepada mereka.


Pada saya, naskhah ini sesuai dijadikan contoh untuk semua masyarakat kerana ada dalam kalangan masyarakat kita yang tidak tahu membuat pembelaan yang benar. Bahkan yang salah tetap dibela demi menjaga nama. Kerana sifat kehakiman yang sukar atau tidak arif dalam melaksanakan keadilan dan hukuman, semua rakyat berasa tidak berpuas hati kerana mereka hanya mahu menuntut hak keadilan mereka tetapi sayangnya mereka dihukum atau didenda. Di sini, saya berpendapat bahawa kita mestilah menjadi manusia yang berilmu dan pandai membela mana yang benar dan menghukum mana yang salah.


Persembahan tersebut telah menarik minat saya kerana idea dan konsep pengarah sangatlah menarik dan memuaskan. Ini kerana, mereka menggunakan konsep sarkas untuk pementasan tersebut. Oleh itu, persembahan tersebut sangat sesuai ditonton oleh semua masyarakat, kanak-kanak juga boleh menontonnya kerana di setiap penghujung adegan ada diselitkan persembahan sarkas yang sangat lucu seperti pertunjukan sarkas haiwan di mana mereka memakai kostum haiwan untuk menjadikan satu pergerakan atau lakonan itu menarik. Ada juga diselitkan dengan lagu-lagu sarkas dan penggunaan unsur-unsur keagamaan. Pemilihan kostum yang sangat menarik, di mana ada pelakon yang memakai pakaian seperti badut sarkas dan solekan seperti badut. Set yang mereka gunakan adalah sangat 'simple' tapi mereka menjadikannya besar dan menarik.


Kesimpulannya, keseluruhan persembahan tersebut adalah persembahan yang sangat menarik dan mampu membuat penonton terhibur serta tidak berasa bosan. Ianya sangat sesuai dipentaskan kerana mengandungi komedi-komedi yang sangat bertepatan pada setiap babak. Pendapat saya, untuk penggiat seni atau pengkarya seni lain pada masa akan datang, boleh mementaskan teater berkonsepkan lebih daripada ini lagi supaya ramai orang boleh terus menyokong seni dan pementasan teater tanpa rasa bosan serta sarat dengan mesej yang boleh diambil ikhtibar.


Ditulis Oleh

Hiedayu Sulaiman